Monday, September 9, 2019



RMK MPU3062
Perlembagaan pertubuhan
Prinsip-prinsip asas pertubuhan

Prinsip-prinsip asas dalam berpengakapan berhubungkait dengan asas-asas dalam Pergerakan Pengakap berikut yang mana Penyatuan Pengakap berpaut

1. Definisi Berpengakap
Pergerakan Pengakap diertikan sebagai pergerakan sukarela,bebas daripadsa politik untuk melatih generasi muda, terbuka kepada semua tanpa mengira asal usul, bangsa dan kepercayaan agama selaras dengan prinsip dan kaedah yang diilhamkan oleh pengasasnya.

2. Matlamat berpengakap
Matlamat sesuatu pergerakan adalah sebab disebalik keujudannya.Matlamat untuk melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi fizikal, intelek, social dan rohani serta tanggungjawab terhadap masyarakatnya,negaranya dan seterusnya masyarakat antarabangsa.

3. Prinsip-prinsip Berpengakap
Prinsip dalam pergerakan Pengakap boleh didapati daripada Persetian dan Undang-Undang Pengakap.

Tiga Prinsip-prinsip itu adalah :
· Kepercayaan Kepada Tuhan
· Tanggungjawab Kepada Masyarakat dan Negara
· Perkhidmatan kepada Diri Sendiri

Perlembagaan pertubuhan
PENGAKAP KANAK-KANAK (PKK)
Pergerakan Pengakap Kanak-kanak merupakan salah satu badan beruniform (berpakaian seragam) yang giat bergerak di negara ini. Salah satu cabang dalam pergerakan ini ialah Pengakap Kanak-kanak. Pengakap Kanak-kanak mengandungi ahli-ahli yang berumur antara (8) lapan tahun hingga (12) dua belas tahun (murid-murid sekolah rendah)
Pergerakan Pengakap Kanak-kanak menjadi salah satu gerakerja kumpulan yang memberi khidmat kepada sekolah dan masyarakat. Di bawah program KBSR Pergerakan Pengakap Kanak-kanak telah dipilih sebagai salah satu gerakerja kokurikulum yang diwajibkan di semua sekolah rendah. Ini disebabkan ianya didapati amat sesuai dijalankan oleh murid-murid pada peringkat ini.
Pergerakan Pengakap Kanak-kanak merupakan satu cara didikan yang boleh dijalankan di dalam dan di luar sekolah. Aktiviti Pergerakan Pengakap Kanak-kanak mudah diikuti dan menarik minat murid-murid. Di samping itu, ia dapat menyemaikan sifat-sifat kepemimpinan, bekerjasama, tolong-menolong dan sedia berkhidmat di kalangan mereka.

MATLAMAT PERGERAKAN PENGAKAP KANAK-KANAK
           Mengembangkan kebolehan mental, minat, bakat serta perkembangan rohani dan jasmani
           Mengukuh dan memperkayakan pengalaman yang dipelajari di dalam bilik darjah
           Menyediakan mereka dalam proses penyesuaian bermasyarakat dengan cara memberi pengalaman untuk berhubung, bergaul dan bekerjasama
           Memaju dan mengembangkan minat, bakat dan kemahiran muri-murid dalam bidang-bidang tertentu
           Menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan sikap positif di kalangan mereka selaras dengan hasrat Rukunegara
           Melatih murid mengisi masa lapang dengan gerakerja yang berfaedah di samping dapat meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan diri mereka dan
           Menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri dan memberi sumbangan kepada sekolah dan masyarakat.

 PERLEMBAGAAN PASUKAN PENGAKAP
Fasal 1 : Nama dan Alamat.
i. Persatuan ini adalah dikenali dengan nama ……………….
ii. Alamat yang didaftarkan bagi persatuan ini adalah ……………………
Fasal 2 : Tujuan Persatuan
i.  Untuk melatih dan menonjolkan bakat kepimpinan.
ii. Untuk membantu program peningkatan kurikulum, motivasi dan mengurangkan masalah disiplin     murid.
iii. Memberi peluang murid mengambil bahagian secara aktif melalui aktiviti yang disediakan.
Fasal 3 : Keahlian
i.  Ahli persatuan ini adalah terdiri daripada murid-murid tahap 2 (tahun 4, 5 dan 6).
ii.  Pemilihan ahli dibuat berdasarkan minat dan bakat pelajar pada awal tahun.
iii. Guru penasihat boleh mempengaruhi murid bagi tujuan menambah bilangan ahli persatuan.
Fasal 4 : Tanggungjawab dan Hak Ahli.
i.  Setiap ahli bertanggungjawab untuk menghadiri mesyuarat dan mengambil bahagian dalam     semua aktiviti persatuan.
ii. Setiap ahli juga berhak untuk bersuara, memilih dan dilantik memegang sebarang jawatan dalam     persatuan.
Fasal 5 : Mesyuarat.
i.  Satu mesyuarat agung perlu diadakan dalam perjumpaan pertama iaitu pada awal tahun untuk:
    - memilih ahli Jawatan Kuasa persatuan.
    - kewangan
    - ucapan penangguhan
    - cadangan-cadangan
ii.  Ahli Jawatan Kuasa adalah terdiri daripada:
    a. Pengerusi
    b. Setiausaha
    c. Bendahari
    d. Enam orang AJK (mewakili murid tahun 4, 5 dan 6)
iii. Mesyuarat AJK perlu diadakan dua kali setahun iaitu pada awal tahun dan pada akhir tahun     berkenaan.
iv. Mesyuarat kali pertama akan memberi tumpuan untuk merancang aktiviti tahunan persatuan.
v.  Korum-korum bagi mesyuarat agung hendaklah sebanyak 2/3 daripada jumlah keseluruhan ahli.
vi. Korum bagi mesyuarat AJK hendaklah sebanyak 2/3 daripada bilangan ahli-ahli jawatankuasa.
Fasal 6 : Tugas Pegawai Atau AJK Persatuan.
i.  Pengerusi         -    menjadi pengerusi mesyuarat, bertanggungjawab untuk memastikan segala                               mesyuarat dan aktiviti dijalankan mengikut perlembagaan.
ii. Setiausaha      -     menjalankan urusan persatuan mengikut perlembagaan, menyimpan minit dan
                              surat, menulis laporan mingguan, menyimpan segala rekod dan menyediakan                               laporan tahunan persatuan.
iii. Bendahari      -      bertanggungjawab dalam hal kutipan kewangan persatuan, apabila ada kutipan                               berlaku beliau perlu menyerahkan wang dan senarai nama ahli terlibat kepada Guru Penasihat.
Fasal 7 : Punca Kewangan / Pendapatan.
i.  Kewangan persatuan ini diperolehi melalui :
    a. wang SUWA (Kokurikulum).
    b. sumbangan PIBG.
    c. derma daripada ahli dan orang ramai.
ii.   Semua kutipan dan perbelanjaan wang untuk sebarang aktiviti persatuan perlu mendapat    kelulusan pihak pentadbir sekolah dan rekod perbelanjaan mesti disediakan.
Fasal 8 : Pindaan Perlembagaan Persatuan.
i.  Perlembagaan persatuan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan     mesyuarat agung.
ii. Perubahan atau pindaan itu hanya berkuatkuasa setelah mendapat persetujuan Guru Besar.
Fasal 9 : Tafsiran.
i.  Sekiranya timbul sesuatu yang tidak jelas mengenai tafsiran dalam perlembagaan ini, perkara itu  hendaklah dirujukkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa. Keputusan Jawatankuasa mengenai     perkara   itu adalah muktamad.
Fasal 10 : Pembubaran.
i.  Persatuan ini tidak boleh dibubarkan kecuali dengan persetujuan Guru Besar atau Pentadbir Sekolah.

 Logo Pengakap Dunia 


Logo Pengakap Malaysia


Maksud dan Keterangan Logo Persekutuan Pengakap Malaysia

Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu:

Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara, Menolong orang setiap masa, Menurut undang-undang Pengakap.

Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh.
Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan “Persaudaraan Pengakap”
Bintang pecah 14 melambangkan “Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia”
Bulan Sabit menandakan “Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam”.
Lingkaran Tali melambangkan “Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia”.
Warna kuning, hijau, merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit Pengakap:

Kuning – “Pengakap Kanak-Kanak”,

Hijau – “Pengakap Muda”,

Merah – “Pengakap Remaja”
Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Cogan Kata Pengakap

Pengakap Kanak-kanak – Buat Sehabis Baik
Pengakap Muda – Selalu Sedia
Pengakap Remaja – Pandangan Luas
Pengakap Kelana – Berkhidmat
Pengakap Budika – Berkhidmat
Cogan Kata Kumpulan Pengakap (Troop Motto)

Bendera dan Lagu Pengakap Malaysia





Lagu Pengakap
1. Lagu Rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia
Kami Pengakap Malaysia
Harapan nusa dan bangsa
Berikrar setia
Pada pertiwi tercinta

Melatih generasi muda
Menjadi insan yang berguna
Persetiaan pengakap
Teras dipegang bersama

Menolong orang setia masa
Menabur bakti di mana sahaja
Demi Tuhan, Raja dan negara

Berbudi, bersaudara
Taat, menurut perintah
Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap Malaysia

Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap, Pengakap Malaysia

2. Tepi Gunung
tepi gunung air terjun
tempat orang bermain
tempat tinggal tukang kebun
dan anaknya mahani


sungguh cantik paras ani
hidung mancung seludang
betis bagai beting padi
tak jemu mata memandang

tidur malam mimpi-mimpi
ani datang ke rumah
tapi sayang ani pergi
hati ani berubah

3. Senaman monyet
satu ekor monyet (2x)
gayut atas pokok (2x)
garu2 pinggang
goyang2 pinggul

4 Pindahkan tempat
Pindahkan tempat
batu kecil ini
pindahkan ia kesana kemari
sibetina betina bertelur
telur tinggal satu
telur-telur-telur-telur



5.Tarian Gajah
bila bunga kembang berseri
seekor gajah keluar menari
lenggok ke kanan
lenggok kekiri
lalu menjemput seekor gajah lagi

6.Lemak Manis Santan Kelapa
Hai lemak manis ala amboi-amboi
Santan kelapa ala amboi-amboi
Cantik manis ala amboi-amboi
Anak siapa

Dua tiga sikucing berlari
Mana nak sama sikucing belang
Dua lah tiga boleh ku cari
Mana nak sama cik adik seorang

7. DI SINI BERKUMPUL
Di sini di sini, kita berkumpul
Di sini di sini, kita berkumpul
Salam, salam, salam, salam, salam, ooi
Here we are, here we are, here we are again
Here we are, here we are, here we are again
Hello, hello, hello, hello, hello, ooi
Cai celi, cai celi, woh meh cai celi
Cai celi, cai celi, woh meh cai celi
Huan si, huan si, huan si, huan si, huan si, ooi
Porengeh, porengeh, engeh porengeh
Porengeh, porengeh, engeh porengeh
Aneh, aneh, aneh, aneh, aneh, ooi

8. KE UNGGUN API
(lelaki)
Ke manakah sayang tujuan kita pergi
Bergembira ya, ya, ya, ya, malam ini
Bergembira ya, ya, ya, ya, malam ini
(perempuan)
Terserah padamu ke mana engaku mahu
Bilang dulu sama ibu
Bilang dulu sama ibu
(lelaki)
Bagaimana kalau kita ke unggun api
Ramai pengakap berkumpul di sana
(perempuan)
Dengan hati rela kupergi bersama
Tapi jangan lupa kembali segera


(bersama)
Marilah bersama kita ke ungun api
Bergembira, ya, ya, ya, ya malam ini
Bergembira, ya, ya, ya, ya malam ini

9. DI SINI SENANG DI SANA SENANG
Di sini senang di sana senang
Di mana-mana hatiku senang
Di sini senang di sana senang
Di mana-mana hatiku senang
Lai. lai, lai, lai, lai, lai .

10. IBUNG
Ibung o ibung
Tolonglah daku
Ibung o ibung
Tolonglah daku
Ke mana badan bergantung
hendak bergantung
Ke mana badan bergantung
hendak bergantung
Oh ibung tinggal gundar
Ke mana abang melayang
Ke mana abang mdelayang
Mama o mama tolong nasibku
Mama o mama tolong nasibku
Ke mana badan bergantung
hendak bergantung
Ke mana badan bergantung
hendak bergantung 


 
 Persetiaan Pengakap


 

Undang-undang Pengakap

Unifom Pengakap






Sejarah Pengakap Dunia

Robert Stephenson Smyth Baden-Powell
Biodata BP
Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell
Nama Singkatan : BP
Tarikh Lahir : 22 Februari 1857
Tempat Lahir : London, England
Pendidikan Awal : Charter House, London
Pekerjaan : Bekas Mejar Tentera British
Nama Bapa : Reverend H.G Baden Powell
Nama Isteri : Lady Olive Baden Powell
Tarikh Meninggal Dunia : 8 Januari 1941

Pengakap telah diasaskan oleh seorang bangsa lnggeris bernama Robert Stephenson Smyth Baden-Powell yang terkenal dengan nama Lord Baden-Powell atau BP. Baden-Powell dilahirkan di bandar London, England pada 22 Februari 1857, dan meninggal dunia pada 8 Januari, 1941. Bapa Baden-Powell bernama Reverend H.G. Baden-Powell adalah seorang mahaguru di Universiti Oxford, London, England. Ibunya ialah anak kepada Laksamana British bernama W.T. Smyth.
Sewaktu Baden-Powell berusia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau bersama ibunya dalam keadaan yang sederhana. Pada zaman persekolahan Baden-Powell banyak menceburkan diri dalam kegiatan sekolahnya seperti berlakon, menyanyi dan menembak. Dalam masa cuti sekolah Baden-Powell bersama-sama tiga orang abangnya selalu pergi mengembara berjalan kaki berkhemah, belayar dan berperahu. Setelah berjaya dalam peperiksaan tentera, BP telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan mula berkhidmat dalam tentera di India dan Afghanistan dalam tahun 1876, kemudian ke Natal (Zululand) dan Malta sebagai penolong Setiausaha Tentera.
Beberapa tahun kemudian beliau dihantar bertugas di Afrika Barat untuk menamatkan satu peperangan di Ashanti, Ghana. Di situ beliau digelar KANTANKYE yang bermaksud Topi Besar. Dalam peperangan Baden-Powell sentiasa berhati-hati terhadap pergerakan musuh hinggakan beliau digelar IMPEESA yang bermaksud Serigala yang tak pernah tidur. Dalam tahun 1897, BP dinaikan pangkat menjadi Kolonel dan ditempatkan di India untuk memimpin Dragoon Guard ke 5. Beliau telah memberi hadiah kepada askar-askar yang menunjukkan kebolehan yang baik dengan satu lencana bergelar SCOUTS (Peninjau).
Dalam tahun 1899 Baden-Powell pulang ke England membawa sebuah buku yang dikarangnya semasa di Kashmir berjodol Aids To Scouting. Buku itu mengandungi kisah peninjauan di India. Tidak lama kemudian, Baden-Powell telah dihantar ke Afrika Selatan untuk menambahkan dua rejimen askar berkuda untuk mempertahankan sempadan British dari serangan orang Boer iaitu puak keturunan pendatang Belanda. Orang-orang British telah mengepung bandar Mafeking, iaitu sebuah bandar jajahan British, dengan itu mencetuskan satu peperangan besar yang dinamakan Peperangan Boer. Dalam peperangan itu, Baden-Powell hanya mempunyai seramai 1,000 orang askar berbanding dengan 9,000 orang Boer. Dengan tipu helah, beliau meletakkan periuk api pasir dan papan tanda BAHAYA sehingga beliau telah berjaya memperdayakan orang-orang Boer.
Beliau telah menggunakan budak-budak untuk mengintip rahsia musuh. Akhirnya Baden-Powell berjaya memenangi peperangan itu. Di atas kemenangan itu, beliau telah dinaikkan pangkat Mejar Jeneral ketika berumur 43 tahun, pegawai yang termuda menerima pangkat itu. Selepas perang Boer, Baden-Powell diarahkan menubuhkan pasukan polis Afrika Selatan dan dilantik sebagai Jeneral Tentera Berkuda. Beliau menjadi Jeneral pasukan tentera Simpanan ketika berumur 50 tahun.
Setelah bersara dari tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah menganjurkan satu perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun 1907. Seramai 21 orang budak-budak turut serta dalam perkhemahan itu. Baden-Powell menggunakan idea berpandukan kepada pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku “Aids To Scouting”. Budak-budak itu dibahagikan kepada empat patrol. Mereka belajar dan berlatih cara berkhemah, memasak, memerhati, mengembara, berperahu, menyelamat nyawa dan mengesan jejak. Pada malamnya diadakan unggun api. Perkhemahan di Pulau Browsea berjaya dan amat diminati oleh budak-budak yang menyertainya.
Selepas itu dalam tahun 1908, Baden-Powell pula mengarang sebuah buku berjudul “Scouting For Boys”. Kandungannya berdasarkan kepada pengalaman beliau semasa menjadi askar di India dan Afrika serta perkhemahan budak-budak di Pulau Browsea. Buku itu telah memikat hati budak-budak. Dengan itu wujudlah Pergerakan Pengakap. Dalam tempoh setahun sahaja Pergerakan Pengakap berkembang di England dan merebak ke Australia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan. Berikutnya pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan selepas itu di seluruh dunia.


Sejarah Pengakap di Malaysia


Kepengakapan wujud di dunia ini hasil kejayaan perkhemahan anjuran Robert Baden-Powell atau lebih dikenali sebagai BP, di Pulau Brownsea, England pada 31 Julai hingga 9 Ogos 1907. Dari situ, kegiatan berpengakap telahpun muncul di tanahair seawal 1908 lagi dianggotai oleh anak-anak pegawai-pegawai British. Pasukan pertama pengakap bagaimanapun ditubuhkan di Singapura pada 1910 oleh Sir Frank Cooper Sands, seorang pemimpin dari Nottingham, England. Untuk dua dekad seterusnya pergerakan pengakap tersebar ke seluruh Tanah Melayu dan Borneo.

Kronologi penubuhan pasukan pengakap di negeri-negeri

Negeri
Tarikh
Pulau Pinang
1908, sebuah kumpulan percubaan ditubuhkan di YMCA Pulau Pinang
1910, Kumpulan YMCA ini dirasmikan penubuhannya dengan En R Robert sebagai Pemimpin dan En Goh G H dan En George Pykett sebagai Penolong Pemimpin
1915, ditubuhkan di Sekolah Penang Free oleh En H R Cheeseman
Kuala Lumpur dan Selangor
1910, ditubuhkan di Victoria Institution (dahulunya di dalam Selangor, kini Kuala Lumpur) oleh En B E Shaw
Pahang
1912, Ditubuhkan oleh Mr G.M. Laidlaw sehingga beliau meninggal.
1927, dihidupkan semula oleh oleh H P Herslet
Sabah
1913, diperkenalkan oleh Reverend Thomas Cecil Alexander di Sandakan
Sarawak
1913, juga dibawa oleh Reverend Thomas Cecil Alexander, ke Anglican Bishop House,Kuching
Kedah
1922, diperkenalkan oleh E C Hicks, E A G Stuart, R P S Walker dan C W Bloomfield di Kolej Sultan Abdul Hamid
Perak
1926, oleh L R Wheeler di Kolej Melayu Kuala Kangsar
Melaka
1926, dibawa oleh R Brunstone
Negeri Sembilan
1926, juga oleh R. Brunstone
Terengganu
1927, ditubuhkan oleh A J Gracle
Kelantan
1927, ditubuhkan oleh YM Tengku Ahmad Panglima Raja di Maktab Sultan Ismail
Johor
1928, ditubuhkan oleh En H R Cheeseman di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar)
Perlis
1931, dibawa oleh Bird dan Roger Smith bersaudara

Setelah aktiviti kepengakapan tersebar luas, keperluan untuk mewujudkan badan penyelaras disedari. Sejurus selepas Perang Dunia Kedua, pergerakan pengakap di Tanah Melayu disusun semula menjadi Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu. Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, persekutuan ini diterima sebagai ahli Pesekutuan Pengakap Sedunia pada 1 September 1957. Seterusnya, apabila Sabah, Sarawak dan Singapura bergabung bersama Tanah Melayu membentuk Malaysia, pergerakan pengakap negeri-negeri tersebut juga turut bergabung. Hasilnya pada November 1964 Persekutuan Pengakap Malaysia ditubuhkan.
Persekutuan Pengakap Malaysia diperbadankan melalui Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadan) 1968, dan (Semakan) 1989. Dengan keistimewaan ini Duli-duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu serta Tuan-tuan Yang Terutama merupakan penaung pergerakan pengakap di peringkat negeri dan nasional.


Tujuan Penubuhan

Tujuan Penubuhan Persaudaraan Pengakap Raja Malaysia telah dinyatakan di dalam perkara 1- Penubuhan, Pendaftaran, Pentadbiran (O.R.A) Persaudaraan Pengakap Raja Malaysia yang telah dibuat oleh Majlis Pengakap Negara Malaysia yang menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan oleh Akta Parlimen Akta No. 38 tahun 1968; Akta Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968 dengan pindaan Akta Parlimen Akta No. 143 tahun 1974; Akta Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia 1974 dan semakan Akta Parlimen Akta No. 409 tahun 1989; Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968

PERSAUDARAAN PENGAKAP RAJA MALAYSIA (SELEPAS INI DISEBUT “PPRM”)
Ditubhkan dengan tujuan:
  •        Memelihara serta menyemarakkan semngat pengakap di kalangan Pengakap
  •        Meninggikan taraf pencapaian Pengakap di semua peringkat dari segi pengetahuan,  kemahiran dan perkhidmatan kemasyarakatan dengan daya upaya yang telah diperolehi melalui Pengakapan
  •       Menawarkan perkhidmatan kepada masyarakat dan negara di dalam sebarang bidang yang terdaya sesuai dengan prinsip dan dasar Pengakapan
  •       Membantu Persekutuan Pengakap Malaysia (selepas ini disebut "PPM") peringkat Daerah/Negeri/Negara di dalam menjalankan pentadbiran dan aktiviti
  •       Mengurus dan menjalankan Kumpulan Terbuka
  •     Menjalankan tugas-tugas lain selaras dengan objektif penubuhan PPM

Istiadat Pengakap
Istiadat sepatutnya dikendalikan daripada daya ingatan juga pengalaman dan bukan daripada buku ini. Ianya telah dikenalpasti bahawa Pemimpin dan individu kanak-kanak yang mengambil bahagian, kadangkala menjalankannya di bawah pengaruh emosi dan melakukan kesilapan dalam sesuatu istiadat tertentu. Ini semua tidaklah begitu penting asalkan kanak-kanak yang berkenaan tidak menyedarinya dan juga tidak merosakkan daya ingatannya berhubung upacara tersebut.
Kepentingan istiadat dalam latihan berpengakap amat ketara kerana kebanyakan istiadat-istiadat yang dijalankan menunjukkan tanda peningkatan seseorang dan sebagai tanda pengikhtirafan kepada mereka yang menyertainya. BP sendiri menunjukkan bahawa Istiadat-istiadat dalam semua peringkat Pengakap mempunyai istiadat tersendiri tertakluk kepada Unit-unit atau sessinya. Walau bagaimanapun kita tidak sepatutnya berfikir bahawa istiadat-istiadat dalam Pengakap adalah sesuatu yang sulit dalam latihan Pengakap; semuanya hendaklah dibuat secara terbuka. Seorang Pengakap dilantik di hadapan "troopnya" dan dia diakui sebagai Pengakap Raja dan lazimnya dibuat di hadapan satu majlis yang dihadiri ramai. Adalah sangat penting bahawa apabila sesuatu Persetiaan dibuat ianya mencerminkan tatalaku seorang Pengakap yang baik boleh diteladani oleh rakan-rakannya, tetapi dia juga sedar bahawa orang lain turut menyedari atas Persetiaannya.
Sungguhpun istiadat Pengakap adalah bercorak upacara terbuka, perlu diingat bahawa apa jua istiadat dalam Pengakap, adalah lebih baik tidak dijadikan sebagai satu majlis atau upacara "publik". Jika istiadat itu bertujuan untuk pertunjukan (demonstrasi), istiadat sedemikian itu hendaklah dijalankan oleh mereka yang sudah dilantik, orang yang dipilih kerana mereka itu dipercayai boleh menjalankan sesi demonstrasi itu dengan sempurna.
Kita kerap kali dipersoalkan sama ada ibu bapa sepatutnya hadir dalam sesuatu Istiadat. Bagi kita tidak ada perkataan "patut" mengenai perkara itu, tetapi jika kanak-kanak berkenaan mahukan Ibubapa mereka hadir, kita boleh menjemputnya. Sudah tentulah mereka tidak sepatutnya hadir tanpa persetujuan kanak-kanak itu sendiri.
Persediaan untuk sesuatu Istiadat adalah perkara yang amat penting, dan ianya memerlukan perancangan yang rapi, latihan yang cukup kepada kanak-kanak berkenaan supaya suasana sesuatu istiadat itu benar-benar dijalankan sebagaimana dirancangkan dalam program agar ianya menepati dengan suasana perjumpaan itu. Begitu juga penerangan yang ringkas dan lengkap mengenai prosedur mengendalikan mana-mana istiadat juga penting diberikan kepada semua pembantu.


Hormat Pengakap


Salam Pengakap menggunakan tiga jari iaitu jari hantu, jari telunjuk dan jari manis diluruskan sementara ibu jari membengkokkan jari kelingking. Tiga jari digunakan adalah membawa tiga pengertian:



         Kaedah memberi hormat

Salam Penghormatan


Kepada ketua

Kepada bendera yang dinaikkan

Kaedah member persetiaanKepada lagu kebangsaan dimainkan
Kepada jenazah

Salam Biasa


Kepada pembesar-pembesar negeri atau Negara Kepada pemimpin Kepada saudara Pengakap

Salam Persetiaan


Waktu perlantikan Membuat persetiaan (Salam tiga jari diangkat setinggi bahu dan tapak tangan hadapan)



Kaedah memberi Persetiaan

Istiadat Perlantikan Pengakap Kanak-Kanak

Seorang kanak-kanak akan disahkan terlebih dahulu, sebagai seorang ahli Pergerakan Pengakap setelah melalui satu istiadat yang serupa bagi seluruh dunia. Istiadat itu dijalankan, seperti berikut:

1. dalam perkataan dan upacara yang mudah.
2. ikhlas dari segi perlantikan kanak-kanak dan pemimpin yang berkenaan.
3. khusyuk (dignified) dan syahdu.


Perlu diingat bahawa Pengakap akan menilai perlantikannya dari segi penampilan persediaannya dan cara istiadat itu dilansanakan. Prosedur adalah seperti yang dinyatakan di bawah ini.



1. Lebih baik dijalankan di tempat luas atau terbuka.

2. Jika diadakan di perjumpaan Troop, istiadat patutlah diadakan di peringkat awal.

3. Kalau diadakan di dewan, dewan itu mestilah dibersihkan dan alatan dewan diketepikan. 4. Tugas ini dijalankan oleh patrol yang bertugas.
5. Pemimpin janganlah menggunakan buku rujukan. Teks biasa janganlah diubah.
6. Semua yang membantu istiadat tersebut haruslah faham peranan masing-masing. 7. 7. 7.Adakan raptai kalau perlu (tanpa kehadiran ahli baru itu).
8. Cadangan untuk mengadakan istiadat itu hendaklah diberitahu kepada Troop atau PEK
    pada perhimpunan sebelumnya dan semua keperluan hendaklah disediakan.
9. Pengakap itu patut dilantik oleh Pemimpin Kumpulan. 
10.Perlantikan adalah perkara    peribadi antara Pemimpin dengan Pengakapnya.
11. Pemimpin hendaklah mempunyai tauliah.



ISTIADAT PERLANTIKAN PENGAKAP KANAK-KANAK



Istiadat melantik Pengakap Kanak-Kanak adalah seperti berikut:



1. PEK berada dalam bulatan. AKELA berdiri di tengah-tengah bulatan. Penolong Pemimpin berdiri di luar bulatan di belakang tiang bendera. PEK berdiri dalam keadaan sedia.

2. Adik baru yang berada di luar bulatan dipanggil masuk ke dalam bulatan.

3. Ketua Sekawan yang berkenaan membawa ahli baru itu berdiri di hadapan AKELA. Selepas itu,Ketua Sekawan balik ke tempatnya.
4. Serentak dengan itu, Penolong Pemimpin masuk ke dalam bulatan dan berdiri di sebelah AKELA dengan membawa topi, sekaf dan lencana keahlian.
5. AKELA : "Adakah kamu ingin menjadi seorang Pengakap Kanak-Kanak?"
    PKK Baru : "Ya, AKELA."
    AKELA : "Adakah kamu bersedia untuk melafazkan Persetiaan Pengakap"
    PKK Baru : "Ya, AKELA."
6. AKELA melafazkan Persetiaan Pengakap dan diikuti oleh PKK baru itu:-
    "Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, yang saya dengan seberapa daya upaya saya akan;
            a.  Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara,
            b.  Menolong orang pada setiap masa,
            c.  Menurut Undang-Undang Pengakap"
7. AKELA berjabat tangan dengan Pengakap Kanak-Kanak yang baru dan berkata:-
    "Saya percaya kamu akan buat habis baik dan menurut apa yang kamu janjikan. Kamu sekarang adalah seorang Pengakap Kanak-Kanak dan seorang ahli dalam Persaudaraan Pengakap Sedunia."
8. AKELA menyematkan lencana keahlian, menyarungkan sekaf dan memakaikan topi kepada pengakap Kanak-Kanak itu.
9. Pengakap Kanak-Kanak memberi tabik hormat kepada AKELA. Kemudian PKK itu berpusing dan memberi hormat kepada PEK. PEK membalas hormat sebagai tanda mengalu-alukan PKK (Adik baru) ke dalam PEK.
10. Ketua Sekawan berkenaan membawa Pengakap Kanak-Kanak baru itu dan memperkenalkannya kepada Sekawan itu.
11. Istiadat ini diakhiri dengan Laung Agung yang dibuat kali pertama disertai Pengakap Kanak-Kanak tersebut.
12. Sekiranya semua Sekawan adalah ahli baru, maka istiadat perlantikan diadakan dalam dua peringkat. Ketua Sekawan dilantik terlebih dahulu dan ahli lain dilantik kemudian.




3 comments:

  1. Casino Bonus Codes - JTGHub
    All casino bonuses 인천광역 출장샵 will expire in the 삼척 출장샵 following 삼척 출장샵 seven days, the bonus is valid for full casino bonuses: · Player Bonus: 군포 출장안마 100% up to 여주 출장마사지 $50 · Player Bonus: 100% up to $1000 · Player Bonus

    ReplyDelete

RMK MPU3062 Perlembagaan pertubuhan Prinsip-prinsip asas pertubuhan Prinsip-prinsip asas dalam berpengakapan berhubungkait deng...