Prinsip-prinsip
asas pertubuhan
Prinsip-prinsip asas dalam berpengakapan
berhubungkait dengan asas-asas dalam Pergerakan Pengakap berikut yang mana
Penyatuan Pengakap berpaut
1. Definisi Berpengakap
Pergerakan Pengakap diertikan sebagai
pergerakan sukarela,bebas daripadsa politik untuk melatih generasi muda,
terbuka kepada semua tanpa mengira asal usul, bangsa dan kepercayaan agama
selaras dengan prinsip dan kaedah yang diilhamkan oleh pengasasnya.
2. Matlamat berpengakap
Matlamat sesuatu pergerakan adalah sebab
disebalik keujudannya.Matlamat untuk melatih generasi muda bagi melahirkan
individu yang berpotensi dari segi fizikal, intelek, social dan rohani serta
tanggungjawab terhadap masyarakatnya,negaranya dan seterusnya masyarakat
antarabangsa.
3. Prinsip-prinsip Berpengakap
Prinsip dalam pergerakan Pengakap boleh
didapati daripada Persetian dan Undang-Undang Pengakap.
Tiga Prinsip-prinsip itu adalah :
· Kepercayaan Kepada Tuhan
· Tanggungjawab Kepada Masyarakat dan
Negara
· Perkhidmatan kepada Diri Sendiri
Perlembagaan
pertubuhan
PENGAKAP KANAK-KANAK (PKK)
Pergerakan Pengakap
Kanak-kanak merupakan salah satu badan beruniform (berpakaian seragam) yang
giat bergerak di negara ini. Salah satu cabang dalam pergerakan ini ialah
Pengakap Kanak-kanak. Pengakap Kanak-kanak mengandungi ahli-ahli yang berumur
antara (8) lapan tahun hingga (12) dua belas tahun (murid-murid sekolah rendah)
Pergerakan Pengakap
Kanak-kanak menjadi salah satu gerakerja kumpulan yang memberi khidmat kepada
sekolah dan masyarakat. Di bawah program KBSR Pergerakan Pengakap Kanak-kanak
telah dipilih sebagai salah satu gerakerja kokurikulum yang diwajibkan di semua
sekolah rendah. Ini disebabkan ianya didapati amat sesuai dijalankan oleh
murid-murid pada peringkat ini.
Pergerakan Pengakap
Kanak-kanak merupakan satu cara didikan yang boleh dijalankan di dalam dan di
luar sekolah. Aktiviti Pergerakan Pengakap Kanak-kanak mudah diikuti dan
menarik minat murid-murid. Di samping itu, ia dapat menyemaikan sifat-sifat
kepemimpinan, bekerjasama, tolong-menolong dan sedia berkhidmat di kalangan
mereka.
MATLAMAT PERGERAKAN PENGAKAP KANAK-KANAK
• Mengembangkan kebolehan mental,
minat, bakat serta perkembangan rohani dan jasmani
• Mengukuh dan memperkayakan pengalaman
yang dipelajari di dalam bilik darjah
• Menyediakan mereka dalam proses
penyesuaian bermasyarakat dengan cara memberi pengalaman untuk berhubung,
bergaul dan bekerjasama
• Memaju dan mengembangkan minat, bakat
dan kemahiran muri-murid dalam bidang-bidang tertentu
• Menyemai dan memupuk disiplin, nilai
dan sikap positif di kalangan mereka selaras dengan hasrat Rukunegara
• Melatih murid mengisi masa lapang
dengan gerakerja yang berfaedah di samping dapat meningkatkan kesihatan dan
kesejahteraan diri mereka dan
• Menggalakkan murid-murid untuk
melibatkan diri dan memberi sumbangan kepada sekolah dan masyarakat.
PERLEMBAGAAN
PASUKAN PENGAKAP
Fasal 1
: Nama dan Alamat.
|
i. Persatuan
ini adalah dikenali dengan nama ……………….
ii. Alamat
yang didaftarkan bagi persatuan ini adalah ……………………
|
Fasal 2
: Tujuan Persatuan
|
i. Untuk
melatih dan menonjolkan bakat kepimpinan.
ii. Untuk
membantu program peningkatan kurikulum, motivasi dan mengurangkan masalah
disiplin murid.
iii. Memberi
peluang murid mengambil bahagian secara aktif melalui aktiviti yang
disediakan.
|
Fasal 3
: Keahlian
|
i. Ahli
persatuan ini adalah terdiri daripada murid-murid tahap 2 (tahun 4, 5 dan 6).
ii.
Pemilihan ahli dibuat berdasarkan minat dan bakat pelajar pada awal tahun.
iii. Guru
penasihat boleh mempengaruhi murid bagi tujuan menambah bilangan ahli
persatuan.
|
Fasal 4 : Tanggungjawab
dan Hak Ahli.
|
i.
Setiap ahli bertanggungjawab untuk menghadiri mesyuarat dan mengambil
bahagian dalam semua aktiviti persatuan.
ii. Setiap
ahli juga berhak untuk bersuara, memilih dan dilantik memegang sebarang
jawatan dalam persatuan.
|
Fasal 5 : Mesyuarat.
|
i. Satu
mesyuarat agung perlu diadakan dalam perjumpaan pertama iaitu pada awal tahun
untuk:
- memilih ahli Jawatan Kuasa persatuan. - kewangan - ucapan penangguhan - cadangan-cadangan
ii. Ahli
Jawatan Kuasa adalah terdiri daripada:
a. Pengerusi b. Setiausaha c. Bendahari d. Enam orang AJK (mewakili murid tahun 4, 5 dan 6)
iii. Mesyuarat
AJK perlu diadakan dua kali setahun iaitu pada awal tahun dan pada akhir
tahun berkenaan.
iv. Mesyuarat
kali pertama akan memberi tumpuan untuk merancang aktiviti tahunan persatuan.
v.
Korum-korum bagi mesyuarat agung hendaklah sebanyak 2/3 daripada jumlah
keseluruhan ahli.
vi. Korum bagi
mesyuarat AJK hendaklah sebanyak 2/3 daripada bilangan ahli-ahli
jawatankuasa.
|
Fasal 6 : Tugas
Pegawai Atau AJK Persatuan.
|
i.
Pengerusi -
menjadi pengerusi mesyuarat, bertanggungjawab untuk memastikan segala
mesyuarat dan aktiviti dijalankan mengikut perlembagaan.
ii.
Setiausaha - menjalankan
urusan persatuan mengikut perlembagaan, menyimpan minit dan
surat, menulis laporan mingguan, menyimpan segala rekod dan menyediakan laporan tahunan persatuan.
iii. Bendahari
- bertanggungjawab dalam
hal kutipan kewangan persatuan, apabila ada kutipan
berlaku beliau perlu menyerahkan wang dan senarai nama ahli terlibat kepada
Guru Penasihat.
|
Fasal 7
: Punca Kewangan / Pendapatan.
|
i.
Kewangan persatuan ini diperolehi melalui :
a. wang SUWA (Kokurikulum). b. sumbangan PIBG. c. derma daripada ahli dan orang ramai.
ii.
Semua kutipan dan perbelanjaan wang untuk sebarang aktiviti persatuan perlu
mendapat kelulusan pihak pentadbir sekolah dan rekod
perbelanjaan mesti disediakan.
|
Fasal 8
: Pindaan Perlembagaan Persatuan.
|
i. Perlembagaan
persatuan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan
mesyuarat agung.
ii. Perubahan
atau pindaan itu hanya berkuatkuasa setelah mendapat persetujuan Guru Besar.
|
Fasal 9 : Tafsiran.
|
i.
Sekiranya timbul sesuatu yang tidak jelas mengenai tafsiran dalam
perlembagaan ini, perkara itu hendaklah dirujukkan kepada Mesyuarat
Jawatankuasa. Keputusan Jawatankuasa mengenai perkara
itu adalah muktamad.
|
Fasal 10
: Pembubaran.
|
i.
Persatuan ini tidak boleh dibubarkan kecuali dengan persetujuan Guru Besar
atau Pentadbir Sekolah.
|
Logo Pengakap Malaysia
Maksud dan Keterangan Logo
Persekutuan Pengakap Malaysia
Terdapat 3 kelopak pada lambang
yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu:
Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara, Menolong orang setiap masa, Menurut
undang-undang Pengakap.
Bintang pecah lima (berwarna
hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh.
Ikatan hijau yang mengikat
kelopak melambangkan “Persaudaraan Pengakap”
Bintang pecah 14 melambangkan
“Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia”
Bulan Sabit menandakan “Agama
rasmi Negara iaitu Agama Islam”.
Lingkaran Tali melambangkan
“Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia”.
Warna kuning, hijau, merah yang
terdapat pada lambang menandakan unit-unit Pengakap:
Kuning – “Pengakap Kanak-Kanak”,
Hijau – “Pengakap Muda”,
Merah – “Pengakap Remaja”
Warna kuning pada bulan sabit dan
bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia
Raja-Raja.
Cogan Kata Pengakap
Pengakap Kanak-kanak – Buat Sehabis Baik
Pengakap Muda – Selalu Sedia
Pengakap Remaja – Pandangan Luas
Pengakap Kelana – Berkhidmat
Pengakap Budika – Berkhidmat
Cogan Kata Kumpulan Pengakap (Troop
Motto)
Bendera dan Lagu Pengakap Malaysia
Lagu Pengakap
1. Lagu Rasmi Persekutuan Pengakap
Malaysia
Kami Pengakap Malaysia
Harapan nusa dan bangsa
Berikrar setia
Pada pertiwi tercinta
Melatih generasi muda
Menjadi insan yang berguna
Persetiaan pengakap
Teras dipegang bersama
Menolong orang setia masa
Menabur bakti di mana sahaja
Demi Tuhan, Raja dan negara
Berbudi, bersaudara
Taat, menurut perintah
Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap Malaysia
Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap, Pengakap Malaysia
2. Tepi Gunung
tepi gunung air terjun
tempat orang bermain
tempat tinggal tukang kebun
dan anaknya mahani
sungguh cantik paras ani
hidung mancung seludang
betis bagai beting padi
tak jemu mata memandang
tidur malam mimpi-mimpi
ani datang ke rumah
tapi sayang ani pergi
hati ani berubah
3. Senaman monyet
satu ekor monyet (2x)
gayut atas pokok (2x)
garu2 pinggang
goyang2 pinggul
4 Pindahkan tempat
Pindahkan tempat
batu kecil ini
pindahkan ia kesana kemari
sibetina betina bertelur
telur tinggal satu
telur-telur-telur-telur
5.Tarian Gajah
bila bunga kembang berseri
seekor gajah keluar menari
lenggok ke kanan
lenggok kekiri
lalu menjemput seekor gajah lagi
6.Lemak Manis Santan Kelapa
Hai lemak manis ala amboi-amboi
Santan kelapa ala amboi-amboi
Cantik manis ala amboi-amboi
Anak siapa
Dua tiga sikucing berlari
Mana nak sama sikucing belang
Dua lah tiga boleh ku cari
Mana nak sama cik adik seorang
7. DI SINI BERKUMPUL
Di sini di sini, kita berkumpul
Di sini di sini, kita berkumpul
Salam, salam, salam, salam, salam, ooi
Here we are, here we are, here we are
again
Here we are, here we are, here we are
again
Hello, hello, hello, hello, hello, ooi
Cai celi, cai celi, woh meh cai celi
Cai celi, cai celi, woh meh cai celi
Huan si, huan si, huan si, huan si, huan
si, ooi
Porengeh, porengeh, engeh porengeh
Porengeh, porengeh, engeh porengeh
Aneh, aneh, aneh, aneh, aneh, ooi
8. KE UNGGUN API
(lelaki)
Ke manakah sayang tujuan kita pergi
Bergembira ya, ya, ya, ya, malam ini
Bergembira ya, ya, ya, ya, malam ini
(perempuan)
Terserah padamu ke mana engaku mahu
Bilang dulu sama ibu
Bilang dulu sama ibu
(lelaki)
Bagaimana kalau kita ke unggun api
Ramai pengakap berkumpul di sana
(perempuan)
Dengan hati rela kupergi bersama
Tapi jangan lupa kembali segera
(bersama)
Marilah bersama kita ke ungun api
Bergembira, ya, ya, ya, ya malam ini
Bergembira, ya, ya, ya, ya malam ini
9. DI SINI SENANG DI SANA SENANG
Di sini senang di sana senang
Di mana-mana hatiku senang
Di sini senang di sana senang
Di mana-mana hatiku senang
Lai. lai, lai, lai, lai, lai .
10. IBUNG
Ibung o ibung
Tolonglah daku
Ibung o ibung
Tolonglah daku
Ke mana badan bergantung
hendak bergantung
Ke mana badan bergantung
hendak bergantung
Oh ibung tinggal gundar
Ke mana abang melayang
Ke mana abang mdelayang
Mama o mama tolong nasibku
Mama o mama tolong nasibku
Ke mana badan bergantung
hendak bergantung
Ke mana badan bergantung
hendak bergantung
Persetiaan Pengakap
Undang-undang Pengakap
Unifom
Pengakap
Sejarah
Pengakap Dunia
Robert Stephenson Smyth Baden-Powell
Biodata
BP
Nama
Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell
Nama
Singkatan : BP
Tarikh
Lahir : 22 Februari 1857
Tempat
Lahir : London, England
Pendidikan
Awal : Charter House, London
Pekerjaan
: Bekas Mejar Tentera British
Nama
Bapa : Reverend H.G Baden Powell
Nama
Isteri : Lady Olive Baden Powell
Tarikh
Meninggal Dunia : 8 Januari 1941
Pengakap telah diasaskan
oleh seorang bangsa lnggeris bernama Robert Stephenson Smyth Baden-Powell yang
terkenal dengan nama Lord Baden-Powell atau BP. Baden-Powell dilahirkan di
bandar London, England pada 22 Februari 1857, dan meninggal dunia pada 8
Januari, 1941. Bapa Baden-Powell bernama Reverend H.G. Baden-Powell adalah
seorang mahaguru di Universiti Oxford, London, England. Ibunya ialah anak
kepada Laksamana British bernama W.T. Smyth.
Sewaktu Baden-Powell berusia
tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau bersama ibunya dalam
keadaan yang sederhana. Pada zaman persekolahan Baden-Powell banyak menceburkan
diri dalam kegiatan sekolahnya seperti berlakon, menyanyi dan menembak. Dalam
masa cuti sekolah Baden-Powell bersama-sama tiga orang abangnya selalu pergi mengembara
berjalan kaki berkhemah, belayar dan berperahu. Setelah berjaya dalam
peperiksaan tentera, BP telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan mula
berkhidmat dalam tentera di India dan Afghanistan dalam tahun 1876, kemudian ke
Natal (Zululand) dan Malta sebagai penolong Setiausaha Tentera.
Beberapa tahun kemudian
beliau dihantar bertugas di Afrika Barat untuk menamatkan satu peperangan di
Ashanti, Ghana. Di situ beliau digelar KANTANKYE yang bermaksud Topi Besar.
Dalam peperangan Baden-Powell sentiasa berhati-hati terhadap pergerakan musuh
hinggakan beliau digelar IMPEESA yang bermaksud Serigala yang tak pernah tidur.
Dalam tahun 1897, BP dinaikan pangkat menjadi Kolonel dan ditempatkan di India
untuk memimpin Dragoon Guard ke 5. Beliau telah memberi hadiah kepada
askar-askar yang menunjukkan kebolehan yang baik dengan satu lencana bergelar
SCOUTS (Peninjau).
Dalam tahun 1899
Baden-Powell pulang ke England membawa sebuah buku yang dikarangnya semasa di
Kashmir berjodol Aids To Scouting. Buku itu mengandungi kisah peninjauan di
India. Tidak lama kemudian, Baden-Powell telah dihantar ke Afrika Selatan untuk
menambahkan dua rejimen askar berkuda untuk mempertahankan sempadan British
dari serangan orang Boer iaitu puak keturunan pendatang Belanda. Orang-orang
British telah mengepung bandar Mafeking, iaitu sebuah bandar jajahan British,
dengan itu mencetuskan satu peperangan besar yang dinamakan Peperangan Boer.
Dalam peperangan itu, Baden-Powell hanya mempunyai seramai 1,000 orang askar
berbanding dengan 9,000 orang Boer. Dengan tipu helah, beliau meletakkan periuk
api pasir dan papan tanda BAHAYA sehingga beliau telah berjaya memperdayakan
orang-orang Boer.
Beliau telah menggunakan
budak-budak untuk mengintip rahsia musuh. Akhirnya Baden-Powell berjaya
memenangi peperangan itu. Di atas kemenangan itu, beliau telah dinaikkan
pangkat Mejar Jeneral ketika berumur 43 tahun, pegawai yang termuda menerima
pangkat itu. Selepas perang Boer, Baden-Powell diarahkan menubuhkan pasukan
polis Afrika Selatan dan dilantik sebagai Jeneral Tentera Berkuda. Beliau
menjadi Jeneral pasukan tentera Simpanan ketika berumur 50 tahun.
Setelah bersara dari
tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah menganjurkan satu perkhemahan
di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun 1907. Seramai 21 orang budak-budak
turut serta dalam perkhemahan itu. Baden-Powell menggunakan idea berpandukan
kepada pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku “Aids To Scouting”.
Budak-budak itu dibahagikan kepada empat patrol. Mereka belajar dan berlatih
cara berkhemah, memasak, memerhati, mengembara, berperahu, menyelamat nyawa dan
mengesan jejak. Pada malamnya diadakan unggun api. Perkhemahan di Pulau Browsea
berjaya dan amat diminati oleh budak-budak yang menyertainya.
Selepas itu dalam tahun 1908,
Baden-Powell pula mengarang sebuah buku berjudul “Scouting For Boys”.
Kandungannya berdasarkan kepada pengalaman beliau semasa menjadi askar di India
dan Afrika serta perkhemahan budak-budak di Pulau Browsea. Buku itu telah
memikat hati budak-budak. Dengan itu wujudlah Pergerakan Pengakap. Dalam tempoh
setahun sahaja Pergerakan Pengakap berkembang di England dan merebak ke
Australia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan. Berikutnya pada tahun 1909,
Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan
selepas itu di seluruh dunia.
Sejarah Pengakap di Malaysia
Kepengakapan
wujud di dunia ini hasil kejayaan perkhemahan anjuran Robert Baden-Powell atau
lebih dikenali sebagai BP, di Pulau Brownsea, England pada 31 Julai hingga 9
Ogos 1907. Dari situ, kegiatan berpengakap telahpun muncul di tanahair seawal
1908 lagi dianggotai oleh anak-anak pegawai-pegawai British. Pasukan pertama
pengakap bagaimanapun ditubuhkan di Singapura pada 1910 oleh Sir Frank Cooper Sands,
seorang pemimpin dari Nottingham, England. Untuk dua dekad seterusnya
pergerakan pengakap tersebar ke seluruh Tanah Melayu dan Borneo.
Kronologi penubuhan pasukan pengakap di
negeri-negeri
Negeri
|
Tarikh
|
Pulau
Pinang
|
1908,
sebuah kumpulan percubaan ditubuhkan di YMCA Pulau Pinang
|
1910,
Kumpulan YMCA ini dirasmikan penubuhannya dengan En R Robert sebagai Pemimpin
dan En Goh G H dan En George Pykett sebagai Penolong Pemimpin
|
|
1915,
ditubuhkan di Sekolah Penang Free oleh En H R Cheeseman
|
|
Kuala
Lumpur dan Selangor
|
1910,
ditubuhkan di Victoria Institution (dahulunya
di dalam Selangor, kini Kuala Lumpur) oleh En B E Shaw
|
Pahang
|
1912,
Ditubuhkan oleh Mr G.M. Laidlaw sehingga beliau meninggal.
|
1927,
dihidupkan semula oleh oleh H P Herslet
|
|
Sabah
|
1913,
diperkenalkan oleh Reverend Thomas Cecil Alexander di Sandakan
|
Sarawak
|
1913,
juga dibawa oleh Reverend Thomas Cecil Alexander, ke Anglican Bishop
House,Kuching
|
Kedah
|
1922,
diperkenalkan oleh E C Hicks, E A G Stuart, R P S Walker dan C W Bloomfield
di Kolej Sultan Abdul Hamid
|
Perak
|
1926,
oleh L R Wheeler di Kolej Melayu Kuala Kangsar
|
Melaka
|
1926,
dibawa oleh R Brunstone
|
Negeri
Sembilan
|
1926,
juga oleh R. Brunstone
|
Terengganu
|
1927,
ditubuhkan oleh A J Gracle
|
Kelantan
|
1927,
ditubuhkan oleh YM Tengku Ahmad Panglima Raja di Maktab Sultan Ismail
|
Johor
|
1928,
ditubuhkan oleh En H R Cheeseman di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar)
|
Perlis
|
1931,
dibawa oleh Bird dan Roger Smith bersaudara
|
Setelah aktiviti kepengakapan
tersebar luas, keperluan untuk mewujudkan badan penyelaras disedari. Sejurus selepas Perang
Dunia Kedua, pergerakan pengakap di Tanah Melayu disusun semula
menjadi Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu. Apabila Persekutuan Tanah
Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, persekutuan ini diterima sebagai
ahli Pesekutuan Pengakap Sedunia pada 1 September 1957. Seterusnya, apabila
Sabah, Sarawak dan Singapura bergabung bersama Tanah Melayu membentuk Malaysia,
pergerakan pengakap negeri-negeri tersebut juga turut bergabung. Hasilnya pada
November 1964 Persekutuan Pengakap Malaysia ditubuhkan.
Persekutuan Pengakap Malaysia
diperbadankan melalui Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadan) 1968, dan
(Semakan) 1989. Dengan keistimewaan ini Duli-duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu serta
Tuan-tuan Yang Terutama merupakan penaung pergerakan pengakap di peringkat
negeri dan nasional.
Tujuan
Penubuhan
Tujuan Penubuhan Persaudaraan Pengakap
Raja Malaysia telah dinyatakan di dalam perkara 1- Penubuhan, Pendaftaran,
Pentadbiran (O.R.A) Persaudaraan Pengakap Raja Malaysia yang telah dibuat
oleh Majlis Pengakap Negara Malaysia yang menjalankan kuasa-kuasa yang
diberikan oleh Akta Parlimen Akta No. 38 tahun 1968; Akta Persekutuan
Budak-Budak Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968 dengan pindaan Akta Parlimen
Akta No. 143 tahun 1974; Akta Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia 1974 dan
semakan Akta Parlimen Akta No. 409 tahun 1989; Akta Persekutuan Pengakap
Malaysia (Pemerbadanan) 1968
PERSAUDARAAN PENGAKAP RAJA MALAYSIA
(SELEPAS INI DISEBUT “PPRM”)
Ditubhkan dengan tujuan:
- Memelihara
serta menyemarakkan semngat pengakap di kalangan Pengakap
- Meninggikan
taraf pencapaian Pengakap di semua peringkat dari segi pengetahuan, kemahiran
dan perkhidmatan kemasyarakatan dengan daya upaya yang telah diperolehi
melalui Pengakapan
- Menawarkan
perkhidmatan kepada masyarakat dan negara di dalam sebarang bidang yang terdaya
sesuai dengan prinsip dan dasar Pengakapan
- Membantu
Persekutuan Pengakap Malaysia (selepas ini disebut "PPM") peringkat
Daerah/Negeri/Negara di dalam menjalankan pentadbiran dan aktiviti
- Mengurus
dan menjalankan Kumpulan Terbuka
- Menjalankan tugas-tugas lain selaras dengan objektif penubuhan PPM
Istiadat
Pengakap
Istiadat sepatutnya
dikendalikan daripada daya ingatan juga pengalaman dan bukan daripada buku ini.
Ianya telah dikenalpasti bahawa Pemimpin dan individu kanak-kanak yang
mengambil bahagian, kadangkala menjalankannya di bawah pengaruh emosi dan
melakukan kesilapan dalam sesuatu istiadat tertentu. Ini semua tidaklah begitu
penting asalkan kanak-kanak yang berkenaan tidak menyedarinya dan juga tidak
merosakkan daya ingatannya berhubung upacara tersebut.
Kepentingan istiadat dalam
latihan berpengakap amat ketara kerana kebanyakan istiadat-istiadat yang
dijalankan menunjukkan tanda peningkatan seseorang dan sebagai tanda
pengikhtirafan kepada mereka yang menyertainya. BP sendiri menunjukkan bahawa
Istiadat-istiadat dalam semua peringkat Pengakap mempunyai istiadat tersendiri
tertakluk kepada Unit-unit atau sessinya. Walau bagaimanapun kita tidak
sepatutnya berfikir bahawa istiadat-istiadat dalam Pengakap adalah sesuatu yang
sulit dalam latihan Pengakap; semuanya hendaklah dibuat secara terbuka. Seorang
Pengakap dilantik di hadapan "troopnya" dan dia diakui sebagai
Pengakap Raja dan lazimnya dibuat di hadapan satu majlis yang dihadiri ramai.
Adalah sangat penting bahawa apabila sesuatu Persetiaan dibuat ianya
mencerminkan tatalaku seorang Pengakap yang baik boleh diteladani oleh
rakan-rakannya, tetapi dia juga sedar bahawa orang lain turut menyedari atas
Persetiaannya.
Sungguhpun istiadat Pengakap
adalah bercorak upacara terbuka, perlu diingat bahawa apa jua istiadat dalam
Pengakap, adalah lebih baik tidak dijadikan sebagai satu majlis atau upacara
"publik". Jika istiadat itu bertujuan untuk pertunjukan
(demonstrasi), istiadat sedemikian itu hendaklah dijalankan oleh mereka yang
sudah dilantik, orang yang dipilih kerana mereka itu dipercayai boleh
menjalankan sesi demonstrasi itu dengan sempurna.
Kita kerap kali dipersoalkan
sama ada ibu bapa sepatutnya hadir dalam sesuatu Istiadat. Bagi kita tidak ada
perkataan "patut" mengenai perkara itu, tetapi jika kanak-kanak
berkenaan mahukan Ibubapa mereka hadir, kita boleh menjemputnya. Sudah tentulah
mereka tidak sepatutnya hadir tanpa persetujuan kanak-kanak itu sendiri.
Persediaan untuk sesuatu
Istiadat adalah perkara yang amat penting, dan ianya memerlukan perancangan
yang rapi, latihan yang cukup kepada kanak-kanak berkenaan supaya suasana
sesuatu istiadat itu benar-benar dijalankan sebagaimana dirancangkan dalam
program agar ianya menepati dengan suasana perjumpaan itu. Begitu juga
penerangan yang ringkas dan lengkap mengenai prosedur mengendalikan mana-mana
istiadat juga penting diberikan kepada semua pembantu.
Hormat
Pengakap
Salam Pengakap menggunakan tiga jari iaitu jari hantu, jari telunjuk dan jari
manis diluruskan sementara ibu jari membengkokkan jari kelingking. Tiga jari
digunakan adalah membawa tiga pengertian:
Kaedah memberi hormat
Salam
Penghormatan
Kepada ketua
Kepada bendera yang dinaikkan
Kaedah member persetiaanKepada lagu kebangsaan dimainkan
Kepada jenazah
Salam
Biasa
Kepada pembesar-pembesar negeri atau Negara Kepada pemimpin Kepada saudara
Pengakap
Salam
Persetiaan
Waktu perlantikan Membuat persetiaan (Salam tiga jari diangkat setinggi bahu
dan tapak tangan hadapan)
Kaedah memberi Persetiaan
Istiadat
Perlantikan Pengakap Kanak-Kanak
Seorang
kanak-kanak akan disahkan terlebih dahulu, sebagai seorang ahli Pergerakan
Pengakap setelah melalui satu istiadat yang serupa bagi seluruh dunia. Istiadat
itu dijalankan, seperti berikut:
1. dalam perkataan dan upacara yang mudah.
2. ikhlas dari segi perlantikan kanak-kanak dan pemimpin yang berkenaan.
3. khusyuk (dignified) dan syahdu.
Perlu diingat bahawa Pengakap akan menilai perlantikannya dari segi penampilan
persediaannya dan cara istiadat itu dilansanakan. Prosedur adalah seperti yang
dinyatakan di bawah ini.
1. Lebih baik dijalankan di tempat luas atau terbuka.
2. Jika diadakan di perjumpaan Troop, istiadat patutlah diadakan di peringkat
awal.
3. Kalau diadakan di dewan, dewan itu mestilah dibersihkan dan alatan dewan
diketepikan. 4. Tugas ini dijalankan oleh patrol yang bertugas.
5. Pemimpin janganlah menggunakan buku rujukan. Teks biasa janganlah diubah.
6. Semua yang membantu istiadat tersebut haruslah faham peranan masing-masing. 7. 7. 7.Adakan raptai kalau perlu (tanpa kehadiran ahli baru itu).
8. Cadangan untuk mengadakan istiadat itu hendaklah diberitahu kepada Troop
atau PEK
pada perhimpunan sebelumnya dan semua keperluan hendaklah
disediakan.
9. Pengakap itu patut dilantik oleh Pemimpin Kumpulan.
10.Perlantikan adalah perkara peribadi antara Pemimpin dengan Pengakapnya.
11. Pemimpin hendaklah mempunyai tauliah.
ISTIADAT PERLANTIKAN PENGAKAP KANAK-KANAK
Istiadat melantik Pengakap Kanak-Kanak adalah seperti berikut:
1. PEK berada dalam bulatan. AKELA berdiri di tengah-tengah bulatan. Penolong
Pemimpin berdiri di luar bulatan di belakang tiang bendera. PEK berdiri dalam
keadaan sedia.
2. Adik baru yang berada di luar bulatan dipanggil masuk ke dalam bulatan.
3. Ketua Sekawan yang berkenaan membawa ahli baru itu berdiri di hadapan AKELA.
Selepas itu,Ketua Sekawan balik ke tempatnya.
4. Serentak dengan itu, Penolong Pemimpin masuk ke dalam bulatan dan berdiri di
sebelah AKELA dengan membawa topi, sekaf dan lencana keahlian.
5. AKELA : "Adakah kamu ingin menjadi seorang Pengakap Kanak-Kanak?"
PKK Baru : "Ya, AKELA."
AKELA : "Adakah kamu bersedia untuk melafazkan
Persetiaan Pengakap"
PKK Baru : "Ya, AKELA."
6. AKELA melafazkan Persetiaan Pengakap dan diikuti oleh PKK baru itu:-
"Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan
bersetia, yang saya dengan seberapa daya upaya saya akan;
a.
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara,
b.
Menolong orang pada setiap masa,
c.
Menurut Undang-Undang Pengakap"
7. AKELA berjabat tangan dengan Pengakap Kanak-Kanak yang baru dan berkata:-
"Saya percaya kamu akan buat habis baik dan menurut apa
yang kamu janjikan. Kamu sekarang adalah seorang Pengakap Kanak-Kanak dan
seorang ahli dalam Persaudaraan Pengakap Sedunia."
8. AKELA menyematkan lencana keahlian, menyarungkan sekaf dan memakaikan topi
kepada pengakap Kanak-Kanak itu.
9. Pengakap Kanak-Kanak memberi tabik hormat kepada AKELA. Kemudian PKK itu
berpusing dan memberi hormat kepada PEK. PEK membalas hormat sebagai
tanda mengalu-alukan PKK (Adik baru) ke dalam PEK.
10. Ketua Sekawan berkenaan membawa Pengakap Kanak-Kanak baru itu dan
memperkenalkannya kepada Sekawan itu.
11. Istiadat ini diakhiri dengan Laung Agung yang dibuat kali pertama disertai
Pengakap Kanak-Kanak tersebut.
12. Sekiranya semua Sekawan adalah ahli baru, maka istiadat perlantikan
diadakan dalam dua peringkat. Ketua Sekawan dilantik terlebih dahulu dan ahli
lain dilantik kemudian.